Hasil kajian saintifik mendapati perkara-perkara berikut :
Cara Islam sembelih (zabiha) ialah potong leher/kerongkong dan salur udara dan saluran darah leher tetapi ia tidak rosakkan saraf tunjang (spinal cord). Jika saraf ini rosak, saraf yang bersambung pada jantung akan putus dan berlaku serangan jantung yang menyebabkan kesakitan yang amat sangat pada binatang. Zabiha akan mengeluarkan darah yang banyak. Jika potong leher, jantung masih berdenyut dan binatang tidak mati serta merta.
Kini diketahui dalam darah ada bakteria, kuman dan toksin. Daging sembelih bebas dari bakteria kerana segala kekotoran tersebut keluar bersama darah yang banyak.
Daging sembelihan kekal segar lebih lama berbanding dengan kaedah sembelihan lain.
Kini diketahui cara zabiha itu lebih bertimbang rasa dan tidak menyakitkan binatang berbanding kaedah stunning yang digunakan oleh orang bukan Islam.
Dengan kaedah zabiha bekalan darah kepada saraf akan berhenti yang menyebabkan kesakitan terhenti. Binatang tidak rasa sakit lagi. Kaki binatang yang disembelih kelihatan menendang itu bukan menandakan kesakitan. Sebaliknya kerana kesukaran bernafas sebab kekurangan darah dan oksigen dalam badan.
No comments:
Post a Comment